Terkini

Pemandu Kereta Rentung Selepas Rempuh Lori

Bandar Baharu – Seorang mangsa rentung selepas kereta dipandunya terbakar apabila terbabit kemalangan di Kilometer 175.8 Lebuhraya Utara Selatan di sini, awal pagi tadi.


Pemandu Kereta Rentung Selepas Rempuh Lori

Dalam kejadian 2.20 pagi, mangsa yang belum dikenal pasti jantina itu memandu dari arah Bandar Baharu ke Bukit Merah, Perak sebelum merempuh bahagian belakang lori dan terbakar.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata,pihaknya menerima panggilan pada 2.25 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba,terdapat seorang mangsa rentung sepenuhnya di dalam kereta dan usaha mengeluarkan mayat segera dilakukan.

“Mayat yang gagal dikenal pasti jantina dan identiti itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – myMetro Online

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments