Pembunuhan Pengawal Keselamatan: 3 Suspek DiTahan, Gambar Pengebumian

Tiga individu yang ditahan berhubung kes bunuh pengawal keselamatan, petang kelmarin, dikatakan pernah bertemu mangsa di luar tempat kerjanya di Taman Ceria, di sini, 17 Februari lalu.


Pembunuhan Pengawal Keselamatan: 3 Suspek DiTahan, Gambar Pengebumian

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata pertemuan dengan lelaki 24, 27, dan 31 tahun itu dipercayai berhubung satu kes ragut yang ada kaitan dengan motosikal milik mangsa.

“Polis menahan tiga lelaki berkenaan, kira-kira 6 petang semalam, di tiga lokasi berasingan iaitu di Jalan Minyak Beku, Bukit Pasir dan Taman Sri Jaya.


“Hasil siasatan mendapati mereka pernah berjumpa mangsa membabitkan kes ragut.

“Selain itu, pemeriksaan mendapati mangsa ada membuat laporan di Balai Polis sejurus selepas itu dan menafikan terbabit dalam kes ragut tersebut

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Rekaman cctv Tiga individu dikatakan pernah bertemu mangsa di luar tempat kerjanya sebelum kejadian

Mengimbas kembali :Kelmarin, jasad Noor Azee Abdul Rahman, 33, ditemui mati tertiarap dengan tangan terikat di kebun kelapa sawit dekat Jalan Muar-Yong Peng, pada 6.30 petang.

Mangsa dipercayai dilarikan di hadapan rumahnya di Taman Pantai, di sini, awal pagi Rabu lalu.

Jenazah Noor Azee kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Keluarga, Kampung Minyak Beku, 10.30 malam tadi.



Kira-kira 300 penduduk kampung termasuk ahli keluarga, saudara mara dan rakan arwah menghadiri upacara pengebumian itu.

Arwah meninggalkan isteri dan anak kembar lelaki berusia tujuh tahun.

No comments