Terkini

Penjelasan Wanita Ini Mengenai Bersalin 'Homebirth' Pasti Mengejutkan Semua Orang!

Sekarang di Malaysia sudah menjadi trend apabila ada yang bersalin secara 'homebirth' berbanding bersalin di hospital kerajaan atau swasta. Malah, bersalin di rumah sudah menjadi kebiasaan bagi zaman dahulu kala.


Penjelasan Wanita Ini Mengenai Bersalin 'Homebirth' Pasti Mengejutkan Semua Orang!

Tapi tahukah anda ia sangat membahayakan bayi dan juga ibu jika mengalami apa-apa komplikasi. Wanita ini yang dikenali sebagai Hana Hadzrami telah menceritakan tentang kisah seorang wanita Arab yang terkejut dengan trend terkini. Jom ikuti ulasan beliau.

Sewaktu menghadiri kelas agama baru-baru ini saya sempat berkenalan dengan seorang doktor wanita Iraqi warganegara Canada.

Bermula hanya bertegur sapa seterusnya menjadi perbualan padat dan serius. Beliau bertanya adakah di Malaysia sekarang trend bersalin di rumah?

"I heard conversations about homebirth this, waterbirth that; and I wonder do Malaysian government provide midwives and hospital support for those homebirth mothers?"

Saya kata belum ada. Kurang sesuai dari segi logistik dan teknikal.



Dia tanya lagi habis tu siapa yang uruskan ibu2 homebirth tu?

Saya beritahu hanya doula berbayar (selepas berkursus beberapa jam) dan juga suami sendiri. Terperanjat dia!

Rupanya sewaktu dia kecil dulu dia adalah refugee dan telah banyak menyaksikan insiden kematian ibu-ibu yang bersalin di kem pelarian disebabkan tiada bantuan perubatan. Kehidupan begitu teruk kerana bantuan perubatan hanya datang sekali-sekala.

Disebabkan itu sewaktu mula menjadi doktor dulu dia menyertai MSF (Medicin Sans Frontiers) kerana ingin membantu pelarian. Diceritakan pengalamannya berkhidmat di Afghanistan sewaktu Taliban memerintah, ramai ibu-ibu muda berniqab yang sanggup berjalan berpuluh2 kilometer hanya untuk melahirkan anak di klinik bergeraknya.

Sebaik berehat sejam dua selepas melahirkan, mereka pun berjalan pulang menggendong bayi sejauh 20-30 kilometer. Untuk apa mereka memberanikan diri bersembunyi daripada tentera Taliban dan mendapatkan bantuan perubatan? Demi menyelamatkan nyawa bayi. Mereka tahu jika melahirkan di rumah belum tentu nyawa ibu anak terjamin.

Hairan sungguh dia ibu-ibu di Malaysia sanggup gadai nyawa bayi demi keselesaan sendiri dan terbawa2 dengan trend.

"Don't they know it is against syarīah to deliberately endanger life by doing that? Something is seriously wrong with them!"; ujarnya.

Bersungguh beliau bercerita sampai berpeluh2 dalam kepanasan El Nino (beliau juga berniqab!)

Sejurus berpisah, saya terfikir; orang sana berjihad mempertahankan nyawa. Tapi ibu-ibu di sini sibuk nak menyerahkan nyawa (syahid bersalin di rumah kononnya).

Sebenarnya jihad yang ibu-ibu ini benar2 perlukan ialah jihad menentang kejahilan. Seterusnya jihad menentang keegoan. Jihad menentang nafsu itulah sepayah-payah jihad.




Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments