Penumpang Pesawat Temui Cicak Dalam Nasi Lemak Buat Laporan Polis

Kecoh sejak semalam seorang penumpang pesawat penerbangan mendakwa menemui seekor cicak ketika dia sedang menikmati makanan itu. Dia mendakwa menaiki pesawat tambang murah yang tersohor di negara ini.


Penumpang Pesawat Temui Cicak Dalam Nasi Lemak Buat Laporan Polis

Menurut salinan laporan polis yang dibuat oleh penumpang terbabit, dalam kejadian 27 Mac itu, dia menaiki pesawat untuk ke Kuching dan telah membuat pesanan makanan dengan menu nasi lemak.

“Semasa saya sedang makan, saya terjumpa seekor cicak di dalam makanan saya. Saya telah memaklumkan kepada pramugara dan dia meminta bekas makanan saya untuk ditukar yang lain.

“Tetapi saya tidak mahu bagi. Setelah saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching saya terus ke balai polis buat laporan,” katanya.


Laporan polis itu serta gambar telah dimuat naik di media sosial.


Menurut penumpang warganegara Pakistan itu juga, dia membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan dirinya.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments