Terkini


Polis Tak Benar Ceramah Dr Zakir Naik di Melaka Diteruskan

BANGI, Isnin – Demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk tidak membenarkan program Dr Zakir Naik diteruskan.


Polis Tak Benar Ceramah Dr Zakir Naik di Melaka Diteruskan

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitnya pagi ini.

Kenyataan beliau merujuk kepada program Dr Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang akan berlangsung pada hari Ahad, 17 April 2016 yang bertajuk ‘Similarities Between Hinduism and Islam’.


Bagaimanapun, status penganjuran program Dr Zakir Naik pada 16 April di Kuala Lumpur masih belum diketahui.

Difahamkan pihak penganjur dua program ini, antaranya pertubuhan Multiracial Reverted Muslims (MRM) akan membuat sidang media pada jam 4 petang di Kuala Lumpur hari ini.

------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments