Pukul PATI Dalam Operasi, Pegawai Imigresen Wanita Ditukar Serta Merta

Gara-gara menggunakan kekerasan terhadap tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) seorang Pegawai Imigresen wanita dari Unit Penguatkuasa ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan telah ditukarkan serta-merta, lapor Bernama.


Pukul PATI Dalam Operasi, Pegawai Imigresen Wanita Ditukar Serta Merta

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, penukaran pegawai tersebut adalah sementara sambil menunggu hasil siasatan penuh kejadian.

Buat ketika ini, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung video yang tersebar berkenaan sehingga menjadi viral di laman sosial.


"Jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BACA: Video: Pegawai Imigresen Wanita Belasah Warga Asing

Video yang tersebar tersebut merupalan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang telah didedahkan MyWatch baru-baru ini di mana menunjukkan seorang wanita dipercayai pegawai Imigresen bertindak kasar ke atas seorang lelaki yang ditahan dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah. - Bernama

No comments