Terkini

Ramai Tegur Che Ta Pakai Seluar Koyak Nampak Lutut

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan nama Che Ta hari ini ditegur peminat gara-gara satu gambar yang dimuat naik di Instagram.


Ramai Tegur Che Ta Pakai Seluar Koyak Nampak Lutut

Di dalam gambar terbabit kelihatan Che Ta memakai seluar ‘jeans’ yang koyak di bahagian lutut sambil memegang sebuah beg tangan.

“They wanna see you do good, but never better than them.Remember that.”
Thank u @pakcik_airielazrie for the photo and mak @boscoooooooooooooo for the makeup..love!!!”, tulis Che Ta di bahagian kapsyen gambar terbabit.

Beberapa jam selepas itu, peminat-peminat Che Ta di Instagram tampil memberi teguran buat pelakon itu.

Pengguna Instagram, ninazainor menulis : “Bila dia pakai camni, nnt ramai terikut2.. Mmg kena tegur lah.. Pelik2 laa macik ni.. Suar trend koyak2 gak nak pakai bila dh brhijab..“


rufiny pula menulis “Nak komen jujur ke ..nak komen sedap hati u che ta…sbb i minat kat u. seluar jean koyak sampai lutut u tu .. tak sesuai utk imej u yg bertudung… nauzubillah… terperanjat i tgk u.. huhu.”

aida.tahir73 pula menulis “Sebagai wanita Islam mesti tahu batas Dan aurat @rozitachewan1 . Jgn buat kesilapan ini lagi…“

Namun ada juga pengguna Instagram yang cuba berfikiran positif dengan gambar itu dengan berkata mungkin Che Ta memakai legging berwarna kulit.

Ramai Tegur Che Ta Pakai Seluar Koyak Nampak Lutut

“Mungkin che Ta pakai legging warna kulit, cumanya yg tk sedap……boleh menimbulkan kontroversi masyarakat umum….“, kata kokdiangkokdiang.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan peminat-peminat yang memberi komen ‘pedas’ kepada Che Ta sebagai ‘overreacting’.

Gambar terbabit menerima lebih dari 4,000 likes dan mengundang lebih 300 komen.
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments