Terkini

Rayani Air Tak Bayar Gaji Kaki Tangan, 'Pilot Mogok' Rekaan Pengurusan

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini mengumumkan sijil pengendali udara Rayani Air digantung selama tiga bulan, berkuat kuasa hari ini.


Rayani Air Tak Bayar Gaji Kaki Tangan, 'Pilot Mogok' Rekaan Pengurusan

Penggantungan sementara it mengikut Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam 1996. Dan inkuiri berhubung syarikat itu akan diadakan pada 12 Mei depan, kata Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Susulan penggantungan itu, Rayani Air kini mula giat membuat bayaran balik kepada penumpang yang terjejas mulai hari ini.

"Penumpang-penumpang yang telah membuat tempahan boleh datang ke pejabat kami di Shah Alam untuk mendapatkan bayaran balik. Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan akan cuba menyelesaikan perkara ini," kata pemiliknya, Ravi Alagendrran.

BACA:


Sabtu lalu, Ravi telah mengumumkan penggantungan sementara Rayani Air berkuat kuasa Jumaat lalu disebabkan oleh juruterbangnya mogok kerana gaji bulan Mac masih belum dibayar.


Bagaimanapun, Ahad lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Rayani Air tidak sepatutnya mengantung operasi penerbangan mereka sendiri tanpa kebenaran DCA.

Alasan OILOT MOGOK yang diberikan oleh pihak pengurusan Rayani Air dalam sistem pesanan ringkas kepada pelanggan ketika pembatalan penerbangan Kuala Lumpur - Kuching adalah rekaan semata-mata.

"Tiada kakitangan baik juruterbang hingga ke bahagian operasi melancarkan mogok sehingga menjejaskan operasi syarikat seperti yang didakwa Ravi.


"Kesemua juruterbang syarikat seramai 6 orang, dua pembantu juruterbang serta 8 juruterbang kadet sehingga kini berada dalam keadaan stand-by.

"Gaji pekerja pada bulan Mac patut dibayar pada 28 Mac tetapi dia (Ravi) berkata akan membuat pembayaran pada 1 April, berlarutan ke 5 April, 7 April dan sekarang hanya tinggal janji," kata salah seorang kakitangan Rayani Air.

------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments