Top Ad unit 728 × 90

recent

Sebab Utama Datuk Aliff Syukri Nak Jual Banglo RM11 Juta

Jutawan kosmetik yang juga selebriti terkemuka, Datuk Alif Syukri Kamarzaman sedang mencari pembeli yang berminat membeli banglo miliknya yang berharga RM11 juta itu.


Sebab Utama Datuk Aliff Syukri Nak Jual Banglo RM11 Juta

Pengasas produk kosmetik serta kesihatan , D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs) yang terkenal dengan ‘tagline’ ‘Terlajak Laris’ berkata, dia mahu menjual banglo yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara kerana akan berpindah ke rumah baharu.

Menerusi akaun Facebooknya, Alif yang lebih selesa dipanggil ‘abang terlajak laris’ dan terkenal dengan ‘suara pelik untuk iklan mempromosi produknya berkata, dia mahu menjual rumah itu kerana bimbang tidak mampu menjaganya apabila sudah berpindah kelak, lapor FMT.


“Sayang sebenarnya nak jual rumah saya ini tapi terpaksa takut tak terjaga. Kami nak pindah rumah baru tak lama lagi, ” tulisnya di Facebook.

Alif berkata, banglo serba lengkap itu dibina di atas Tanah berkeluasan 21,000 kaki persegi yang bersamaan dengan dua lot tanah banglo selain satu lot tanah kosong di bahagian belakang banglo itu.

“Harga nak jual RM11 juta,” tulisnya.

Alif antara tiga ahli perniagaan yang terkenal dengan kehidupan mewah hasil mengusahakan kosmetik dan produk kesihatan. Dua lagi pengusaha kosmetik yang terkenal ialah pemilik Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida dan pemilik Nouvelles Visages, Rita Datuk Sosilawati.
Sebab Utama Datuk Aliff Syukri Nak Jual Banglo RM11 Juta Reviewed by Adam Hakimie on April 25, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.