Terkini


SEBAK! Luahan Sayu Seorang Ibu Yang Kehilangan Anak Kembar Sekelip Mata

Setiap ibu bapa menginginkan anak yang dilahirkan itu dalam keadaan sihat dan kuat. Tapi, kita hanya mampu merancang tapi Tuhan menentukan segalanya apabila anak kembar yang dilahirkan itu tidak dapat bertahan lama.


SEBAK! Luahan Sayu Seorang Ibu Yang Kehilangan Anak Kembar Sekelip Mata

Ikuti kisah Anna Zainal di mana dia menceritakan detik-detik ketika melahirkan anak kembar namun dipulangkan kembali kepada Pencipta.

Titipan terakhir buat anak-anak syurga mama.

Pertama sekali, terima kasih pada semua yg mendoakan kami. Terima kasih pada semua kakitangan hospital yg membantu menguruskan urusan kami. Terima kasih pada kaum keluarga yg membantu dalam urusan pengkebumian anak-anak syurga kami.

Alhamdulillah selesai sudah urusan pengurusan jenazah dan pengkebumian anak kembar kami. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Dari tanah kita dijadikan, kepada tanah kita kembali.



Hati ibu mana yang tak sebak kehilangan dua orang anak sekali gus. Tapi sebagai ibu, redha itu perlu. Sebagai orang Islam yang waras, kematian itu pasti dan tak boleh diratapi. Sesungguhnya percaturan Allah itu hebat.

Post mortem dari O&G dah buat. Dah dua kali lahir anak prem bersama fetal distress + contraction. Jadi, pakar bagitahu, ni mungkin sebab rahim mama tak kuat. Pakar suggest mama berehat lama. Kuatkan rahim dulu. Baru bersedia ntk kandungan semula.

Jarak kelahiran 1st twin dan 2nd twin, dalam setengah jam. Dan mungkin sebab tu 2nd twin lemas dlm perut.. Kepala 1st twin dh engaged. Tapi 2nd twin tak nak keluar lagi. Bila 1st twin dh keluar, jalan keluar ditutup oleh uri yg dtarik oleh 1st twin. Agak susah utk doktor2 handle.

Tambahan mama dah agak lemah masa tu. 2nd twin yg masih dlm perut pun tak de daya usaha untuk push badan keluar.Akhirnya, mama lahirkan jasad tak bernyawa. 1st twin, 6 jam dia di pinjamkan kepada mama.


Alhamdulillah sepanjang hidup, inilah 6 jam paling bmakna dan bharga. Doktor2 dah explain, organ dalam baby sangat tak lengkap. Lubang telinga pn xde lagi. If, paksa dia masuk dalam ventilator. Dgn segala life machine n wayar2. Buat myeksa dia. Myakitkan dia. Sedangkan kita tahu dia tak de harapan dan kalau btahan pun tak lama. Pukul 6 ptg tarikh yg sama, 1st twin pergi ikut 2nd twin ke taman syurga.

Sebagai mama yg mengadungkan mereka selama 181 hari ni. Bawak mereka ke hulur hilir.... Mama dgn rasa penuh kasih syg..melepaskan keduanya dgn hati yg redha. Moga diberi kekuatan buat mama, papa, mia, cica dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan ini.

In shaa Allah...ada hikmahnya. Mungkin Allah nak gantikan utk sesuatu yg lebih baik. Tunggu kami disana wahai anak - anak syurga mama. Berbahagialah kamu disana. Allah tempatkan kamu berdua ditempatNya yg terbaik.

Selamat malam sayang2 ku,
1st twin, 12:35 tghri -6ptg
2nd twin, 12:58 tghri -0
30 march 2016
26 weeks


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments