Terkini


Sekali Lagi Mahkamah Tolak Saman Marina Juki Terhadap Zizan Razak

Mahkamah Sesyen di sini semalam, menolak saman dikemukakan bekas pengurus Zizan Razak, Marina Juki, terhadap pelakon dan pelawak itu atas dakwaan melanggar kontrak pengurusan.


Sekali Lagi Mahkamah Tolak Saman Marina Juki Terhadap Zizan Razak

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu selepas mendapati saman berkenaan sepatutnya difailkan oleh syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd (Wire Fame) dan bukannya oleh Marina selaku seorang individu. Marina adalah Pengarah Urusan Wire Fame.


Baca: Mahkamah Tinggi tolak kes saman Marina Juki terhadap Zizan Razak (Berita Bulan Februari, 2015)

Rosbiahanin berkata, perjanjian di antara Zizan dan Wire Fame tidak boleh dijadikan asas bagi Marina untuk memfailkan saman terbabit. Dalam prosiding itu, Zizan dan Marina tidak hadir di mahkamah.

Marina memfailkan saman terhadap Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak pada 5 November 2014, mendakwa artis itu melanggar syarat perjanjian dengan mengikat kontrak dengan syarikat lain, sebelum kontraknya bersama Wire Fame tamat pada 5 Mei 2015.

Marina sebagai plaintif, menuntut ganti rugi khas lebih RM500,000 dan ganti rugi am 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain.

Marina Juki turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak itu termasuk kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah. Peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman bertindak bagi pihak Marina manakala Zizan diwakili Rishwant Singh.

Sumber : Bharian

No comments