Seksa Keluarga Mangsa Culik Di Perairan Pantai Sabah

Menjelang hari terakhir untuk membayar wang tebusan RM30 juta, ahli keluarga empat rakyat Malaysia yang diculik di luar perairan pantai Sabah dipercayai oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf terus mendoakan keselamatan mangsa.


Seksa Keluarga Mangsa Culik Di Perairan Pantai Sabah

Menurut laporan Mstar, bapa kepada dua beradik yang menjadi tebusan pada Jumaat, Wong Chi Ming berkata beliau amat berharap keempat-empat mangsa tidak diapa-apakan oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Mereka adalah adik-beradik Wong Teck Pang, 31, dan Wong Teck Chi, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, tiada talian saudara diculik dari sebuah kapal tunda oleh lelaki bersenjata Filipina berhampiran Pulau Ligitan di Semporna pada 1 April lalu.

Penculik tersebut mengancam memenggal kepala mengsa jika wang tebusan RM30 juta itu tidak dibayar pada hari ini (30 April).

“Perbualan terakhir kami adalah pada 23 April.


“Dia memberitahu saya akan menghubungi saya semula dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.

“Tetapi sekarang sudah enam hari dan kami masih menunggu panggilannya,” katanya.

Mengakui tempoh yang dilaluinya sebagai satu penyeksaan, Chi Ming tidak lagi bercakap dengan mereka selepas hari itu.

Dia juga tidak pasti dengan jumlah yang dikumpul setakat ini kerana ramai orang menyumbangkan wang untuk membantu menyelamatkan empat tebusan.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka semua,” katanya.

Mengenai akaun bank yang dibuka untuk menerima sumbangan, beliau berkata akaun itu dibekukan oleh Bank Negara awal minggu ini atas sebab tertentu tetapi kini telah dibuka semula.

Kerajaan negeri Sarawak sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membantu keluarga mangsa untuk membebaskan mereka daripada terus ditawan Abu Sayyaf. - FMT

No comments