Seorang Lagi Diislamkan Oleh Dr Zakir Naik Di UTeM, Melaka

ALOR GAJAH, Isnin – Pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik telah mengislamkan seorang pemuda Hindu dalam ceramahnya di Melaka semalam.



Senkiran Dharma, 24, melafazkan dua kalimah syahadah di majlis yang dihadiri lebih 20,000 orang itu setelah mendapat penerangan berkenaan Islam daripada Dr Zakir.

Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) itu telah mempelajari Islam sejak tiga tahun lalu dan membuat keputusan memeluk Islam secara rela hati.


Semalam, Dr Zakir menyampaikan syarahan bertajuk ‘Islam – Problems and Solutions to Humanity’ (Islam – Masalah dan Penyelesaian terhadap Kemanusiaan).

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Anggota Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan barisan Exco kerajaan negeri.

HIDAYAH ITU 'MILIK' ALLAH.

No comments