Terkini

TAHNIAH! Sherry Ibrahim Kini Berhijab, Rupanya Inilah Punca Sebenar Mengejutkan Ramai

Kini tidak menjadi pelik jika sejak kebelakangan ini ada dalam kalangan selebriti tanah air yang berhijrah ke arah yang lebih baik. Jika baru-baru ini pelakon yang penuh dengan kontroversi panas Fathia Latiff akhirnya mengambil keputusan untuk berhijab menerusi Fathia Latiff Redha Tawaran Lakonan Kurang Selepas Berhijab, kini pelakon Sherry Ibrahim turut mengikut jejak langkah yang sama.


TAHNIAH! Sherry Ibrahim Kini Berhijab, Rupanya Inilah Punca Sebenar Mengejutkan Ramai

Sedia maklum, Sherry Ibrahim sebelum ini tidak memakai tudung akhirnya telah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada hari lahir beliau yang ke-33.

Jelasnya lagi, keputusan yang dibuat itu adalah bagi menggembirakan hati kedua-dua ibu dan bapanya.

“Keputusan yang saya buat ini begitu singkat sebenarnya. Bersempena dengan hari lahir, saya mahu hadiahkan sesuatu yang bermakna buat ibu dan ayah. Sebelum ini saya membayangkan untuk bertudung selepas berkahwin, tetapi, saya rasa ibu dan ayah juga berhak mendapat rasa bahagia melihat anak mereka bertudung”


“Saya mahu menggembirakan mereka. Saya berasa sayu apabila tidak menyumbang sesuatu kepada mereka. Bayangkan, ibu hampir tidak mengenali saya ketika kami berjumpa dengan imej baharu ini. Saya dapat lihat perasaan gembira pada wajah mereka,” katanya.

Sherry menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik gambar imej baharunya itu bersama ibu dan ayah dengan meletakkan kapsyen: "Ini (berhijab) adalah untuk kamu berdua.


Saya bersyukur kerana memiliki kamu semua sebagai ibu bapa yang lahir dan membesarkan saya dengan baik. Jasa papa dan mama takkan saya lupakan. Sayang kamu berdua."


Dalam pada itu, Sherry turut memaklumkan beliau sebelum ini kerap mendengar ceramah agama dan dan ia juga antara sebab beliau berhijrah untuk menjadi wanita Muslimah yang baik. Tetapi apabila diaju soalan tentang haluan kerjaya, beliau hanya menjawab enggan terlalu memikirkannya.

Saya akan teruskan kerjaya seperti biasa. Cuma watak yang dipilih selepas ini mengikut kesesuaian imej. Cuma saya bakal muncul menerusi program Gempak Superstar tidak lama lagi dan saya tidak tahu bagaimana penerimaan pihak produksi memandangkan sesi fotografi untuk tujuan promosi sudah pun dibuat.

Apapun, sekarang ini saya enggan lagi memikirkan perkara yang sudah berlalu. Dengan imej baharu ini, saya akan ke depan meneruskan kehidupan ke jalan Allah," ujarnya.





Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments