"Takut Sangat, Simpan Dalam Almari Ye Dik" – Uqasha Senrose Sindir Tunang Hafidz Roshdi

Minggu lepas, Hafidz Roshdi menerusi sebuah akhbar ada menyatakan bahawa tunangnya cemburu melihat kemesraan beliau bersama Uqasha Senrose ketika berlakon bersama, lebih-lebih lagi Hafidz agak kerap memuat naik fotonya bersama Uqasha di akaun Instagram miliknya.


"Takut Sangat, Simpan Dalam Almari Ye Dik" – Uqasha Senrose Sindir Tunang Hafidz Roshdi

Namun, semalam Uqasha nampaknya tidak dapat menahan sabarnya dan meluahkan perasaan beliau berhubung isu berkenaan di akaun Twitter rasmi beliau.


BACA: Mesra Dengan Uqasha Senrose, Tunang Hafidz Roshdi Cemburu

Buat Uqasha perkara sebegini tidak perlu dihebohkan kepada pihak media dan seharusnya tunang Hafidz dapat memahami ia sekadar lakonan.


Tweet tersebut mendapat respon yang agak banyak daripada peminat Uqasha. Ada yang menasihati beliau untuk tidak terlalu memikirkan isu berkenaan.

Erm, biasalah tu kalau ada timbul sedikit isu cemburu, lebih-lebih lagi Hafidz Roshdi mesra dengan pelakon yang agak cun dan hot bukan? Harapnya salah faham Uqasha Senrose dan Hafidz tidak berpanjangan. - BeautifulNara

No comments