Terkini

Tauke Jambu Cari ‘Kembar’ Arwah Pak Yus

PELAWAK dan penyampai radio Tauke Jambu mencari identiti lelaki yang mirip Allahyarham Yus Jambu selepas sekeping foto lelaki berkenaan yang viral di laman sosial baru-baru ini.


Tauke Jambu Cari ‘Kembar’ Arwah Pak Yus

Menerusi laman Instagram, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, memuatnaik gambar lelaki berkenaan dan meminta pengikutnya yang mempunyai maklumat atau nombor telefon individiu untuk berkongsi maklumat itu dengannya.

“Salam sesiapa kenal pemuda ini, boleh mesej nombor telefon dia tak? tulisnya.


Tinjauan melalui ruangan komen, sebahagian peminat mengatakan lelaki ini berasal dari Kelantan dan wanita yang bergambar bersebelahan dengan lelaki tersebut merupakan isterinya yang bernama Siti Sharifah.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada Tauke Jambu sudah berjaya mendapatkan maklumat mengenai lelaki itu.

Pak Yus atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas 30 November lalu.

Sumber : Sinar



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments