Header Ads

  • Terkini

    Tempah Pelacur Melalui Applikasi WeChat Di Bongkar

    Dengan menggunakan aplikasi internet “WeChat”, pelanggan boleh memilih dan menempah pelacur yang disukai. Itulah fenomena yang terjadi kini.


    Tempah Pelacur Melalui Applikasi WeChat Di Bongkar

    Taktik itu yang dipercayai baru enam bulan dipraktikkan oleh sindiket pelacuran di Johor Bahru, bagaimanapun berjaya dibongkar pihak berkuasa.

    Kegiatan sindiket pelacuran terbabit dikesan hasil risikan selama empat hari sebelum serbuan dilaksanakan jam 9 malam tadi.

    Menurut Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Sapian Kamarudin, sindiket menggunakan “WeChat” untuk memaparkan foto wanita dengan pelbagai aksi lucah serta caj perkhidmatan yang dikenakan.


    10 wanita ditahan melibatkan enam warga China. Masing-masing dua rakyat Vietnam dan Indonesia.

    Kesemua wanita yang ditahan berusia antara 19 hingga 31 tahun.



    Mereka dibawa ke kompleks Kementerian Dalam Negeri di Taman Setia Tropika untuk siasatan lanjut. - Bernama

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad