Terkini

Terbawa Balik Selimut MAS, Lelaki Ini Mahu Pulangkan Semula Namun Ini Yang Berlaku

Lelaki ini menyangkakan beliau boleh membawa pulang selimut yang disediakan semasa penerbangan bersama Malaysia Airlines (MAS), namun menyedari bahawa tindakannya itu salah kerana terdapat ‘label’ di selimut yang melarang selimut itu dibawa keluar dari kapal terbang.



Beliau terus menghubungi pihak MAS untuk menyerahkan kembali selimut itu, tetapi respon yang diterima dari pihak MAS sangat mengejutkan!

Saya tak tahu selimut ini tidak boleh dibawa keluar dari kapal terbang


Setelah berada di rumah baru saya buka bungkusan & membaca label tersebut..




Saya minta maaf. Apa patut saya buat?


Respon daripada MAS! “Selimut ini dihadiahkan kepada anda sebagai tanda penghargaan di atas kejujuran dan terima kasih kerana terbang bersama MAS”


Beliau membalas respons dari pihak @MAS


Jujur sungguh pemuda ni sehingga sanggup menghubungi MAS setelah sedar tindakannya itu salah. Pihak MAS juga patut diberi pujian di atas kesopanan melayan karenah pengguna. Keep it up!
sumber: twitter Hafiz Hamidun / ohbulan

No comments