Terima Kasih Kerana 'Babikan' Saya.. Awaklah Sahabat Dunia Akhirat...

Kerana wang manusia boleh bergaduh, berperang dan macam-macam boleh berlaku. Paling dahsyat sekali dibabikan oleh rakan sendiri seperti yang berlaku pada wanita ini.



Aimiekho Ainun, memuat naik screenshot mesej rakannya yang tergamak menggelarnya babi, haiwan yang paling dianti oleh masyarakat kita.

"Assalam, kenapa call tak angkat, wassup tak balas? Tapi awak baca wassup saya. Maaflah, niat bukan nak kacau awak, cuma nak minta balik hak saya. Awak, saya memerlukan sangat sekarang. Kalau awak tak ada, bayar sikit pun jadilah. Tolonglah faham dengan keadaan anak saya dan keperluan saya sekarang yang banyak pakai duit.

"Kalau awak tak ada duit, cakaplah pada saya sepatah. Jangan buat saya macam ini. Tolonglah, saya tolong awak ketika awak susah. Sekarang giliran saya dan saya cuma mahu menuntut hak saya. Awak faham kan keadaan saya sekarang ni? Anak saya sakit awak, banyak duit nak guna. Balaslah mesej saya ini," rayu Aimiekho.

Malangnya, kenalannya itu tidak faham bahasa dan sebaliknya memberikan respon yang amat mengejutkan.

"Aku sekarang tak ada duit. Aku harap kau faham. Jangan call atau WhatsApp aku lagi! Anak kau sakit, jangan babitkan aku. Aku ada duit, aku ganti balik duit kau. Jangan jadi babi sangat tak faham bahasa!" balasnya.



Ternyata kecewa dengan mesej yang dikirimkan oleh kenalannya itu yang selama ini berkawan hanya berlandaskan kesenangan dikongsi bersama, namun bila ditimpa susah, ditinggalkan oleh kawan pula.

"Terima kasih sebab babikan saya. Awaklah sahabat di dunia akhirat saya. Saya hanya menuntut hak saya. Terima kasih sahabat. Sebelum ini awak diuji, saya sentiasa di sisi awak. Sekarang saya diuji, awak babikan saya. Saya hanya menuntut hak saya," luah Aimiekho di laman Facebooknya.

TATAPLAH GAMBAR ANAK SAYA....

Apa yang ibu takutkan, kembali lagi. Dari semalam tak berhenti muntah. Ya Allah, hentikanlah tangisan seorang ibu ini. Dengarkanlah doa-doa ini.. - Aimiekho

Menurut Aimiekho, meskipun 'bekas sahabatnya' itu mengatakan bahawa dirinya tiada wang untuk membayar balik hutangnya, namun sahabatnya itu memuat naik gambar melancong ke Thailand.

"Cakap tak ada duit, tetapi boleh pergi melancong ke Thailand. Bila saya minta dan tuntut hak saya, awak cakap apa? Awak nak tunggu anak saya nazak sekali lagi baru awak nak bayar hutang saya?


"Saya berlembut, saya mengalah tetapi awak caci maki saya. Alasan sebab serabut saya asyik call atau WhatsApp awak. Mungkin saya perlu melutut di depan awak baru dapat hak saya balik," luahnya.

Kenapa muka adik macam pucat? Allah... - Aimiekho



Ekoran dari tindakan rakannya itu, Aimiekho enggan menghalalkan duit yang dipinjamkan itu walau satu sen sekali pun. Bagaimanapun, jauh di sudut hati Aimiekho masih berharap rakannya itu berubah hati dan menunjukkan belas kasihan terhadap anak kecilnya yang kini sedang sakit...

No comments