Ular 12 Meter, 250 Kilogram Ditangkap (5 Gambar)

Bayan Lepas, 7 Apr: Seekor ular sawa batik sepanjang 12 meter dan berat 250 kg ditemui oleh orang ramai di bawah dahan pokok di kawasan tapak pembinaan lebuh raya di Jalan Paya Terubong / Relau di sini petang tadi.



JPAM Daerah Barat Daya menerima panggilan kecemasan dari orang awam berikutan penemuan itu.

Pegawai Operasi JPAM Daerah Barat Daya, Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata, sepasukan enam anggota dari Barat Daya ke lokasi kejadian dan menemui ular berkenaan di bawah dahan pokok dipercayai berlindung daripada cuaca panas.

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan ular tersebut.

"Kita percaya ular itu berlindung daripada cuaca panas dan mencari tempat sejuk untuk bersembunyi," katanya lapor Harian Metro.


Ular tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri untuk tindakan lanjut.

Kata beliau lagi, ular berkenaan antara yang terbesar berjaya ditangkap JPAM Daerah Barat Daya tahun ini.

"Saya ingin menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini apabila menemui reptilia berbisa seperti itu," katanya.







Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments