Uqasha Senrose Minta Hafidz Roshdi Jangan Campur Hal Peribadi Dengan Kerja

“Drama” antara Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi cukup menarik perhatian ramai. Saling berbalas kenyataan di media sosial, ada sesetengah netizen menganggap kedua-dua artis ini cuma mahukan publisiti murahan.


Uqasha Senrose Minta Hafidz Roshdi Jangan Campur Hal Peribadi Dengan Kerja

Namun, jelas Uqasha beliau juga tidak tahu bagaimana mereka boleh bergaduh sehingga tahap yang agak serius sedangkan beliau dan Hafidz tidak mempunyai sebarang masalah ketika sama-sama menjalani penggambaran drama Tundukkan Playboy Itu.

BACA: Panass!.. Bila Hafidz Roshdi Pula Sound Uqasha “Kau Dah Kenapa?”

Walaubagaimanapun, Uqasha memberitahu Hafidz sepatutnya tidak mencampuradukkan kerja beliau dengan masalah peribadi.


Hafidz juga perlu menasihati tunang beliau untuk tidak terlalu cemburu dan memahami kerjaya Hafidz sebagai seorang pelakon.

Uqasha Senrose Minta Hafidz Roshdi Jangan Campur Hal Peribadi Dengan Kerja

Hubungan kami baik-baik sahaja. Cuma itulah, saya pun tidak pasti bagaimana isu ini boleh timbul.

Saya mengharapkan dia profesional dalam kerjayanya. Jangan mencampuradukkan hal peribadi dan kerja. Sebagai seorang lelaki, dia perlu menasihati tunangnya agar memahami kerjayanya sebagai pelakon. Itu yang utama.

Hafidz merupakan seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik dan selepas ini, lebih ramai pelakon wanita yang akan digandingkan dengannya, takkan semua pun tunang dia hendak cemburu. Susah nanti.

Uqasha Senrose Minta Hafidz Roshdi Jangan Campur Hal Peribadi Dengan Kerja

Uqasha pada masa yang sama tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini dan tidak kisah jika beliau dan Hafidz ditawarkan untuk berlakon bersama di masa hadapan.

BACA: "Takut Sangat, Simpan Dalam Almari Ye Dik" – Uqasha Senrose Sindir Tunang Hafidz Roshdi

Sumber Berita : Utusan Online

No comments