Terkini


Video: Ajak Shiro Terkejut Tauke Dan Tunang Bergaduh Didepannya

Pelawak Ajak Shiro terkejut besar setelah rakannya dalam kumpulan LOL iaitu Tauke telah bergaduh dengan tunang di depan matanya.


Video: Ajak Shiro Terkejut Tauke Dan Tunang Bergaduh Didepannya

Ajak nekad memuat naik sebuah video Tauke yang dilihat sedang bertengkar dengan tunangnya, Nadia.

Dikatakan punca pergaduhan mereka adalah salah faham setelah Nadia memeriksa telefon pintar tanpa kebenaran Tauke.

Kejadian berlaku sewaktu kumpulan LOL sedang membuat latihan untuk persediaan minggu kesebelas Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016).

Ini tulis Ajak di IG:

"Tokey gaduh dengan tunang dia. Alamak macam mana nak tolong ni. Hakak sorang tu (isteri Ajak) buat macam tiada apa-apa yang berlaku. Baba tahu ibu mesti risau tu sebab Ibu tu hatinya lembut sikit"


Namun semuanya hanya sekadar lakonan yang dicetuskan oleh Tauke dan Nadia untuk membuat kejutan harijadi terhadap isteri Ajak iaituAfifah Amin.

Lebih manis, Ajak turut memuat naik sebuah lagi video dengan kapsyen sweet khas buat isterinya.

Ini tulis Ajak lagi:

“Akhirnya... Selamat Hari Lahir sayang @afifahamin. Ini jelah yang dapat kita orang buat. Apa yang penting bukan nilai ringgit. Tapi kenangan yang lebih berharga dari nilai ringgit.

“Terima kasih @taukejambu jadi watak utama dan @nadiayaya6 pulak bawak watak slumber sementara @angah_lawaking Tok dalang yang memang pandai bab-bab mengenakan orang. Korang bagi pengalaman yang jarang-jarang dia dapat. Sekali dapat, Mendapat!”

Selamat hari jadi Afifah!

Ini videonya:





Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments