Video: Aksi Polis Ini Tangkap Peragut Macam Hero Dalam Filem

Satu rakaman video yang memaparkan aksi hebat seorang anggota polis sedang memberkas seorang peragut di sekitar Johor Bahru, Johor kini tersebar menjadi viral di media sosial.


Video: Aksi Polis Ini Tangkap Peragut Macam Hero Dalam Filem

Kejadian yang berlaku pada Rabu itu, secara kebetulan sempat dirakam oleh seorang pengguna sosial, Melvin Yeo.

Menurut Melvin, polis berkenaan bertindak berani dengan melompat dari motosikalnya lalu menerkam ke arah peragut yang juga sedang membonceng motosikal.

Difahamkan, ketika kejadian polis berkenaan dilaporkan bergelut dengan peragut tersebut selama 20 minit sebelum berjaya memberkasnya. Peragut tersebut turut bersenjatakan sebilah pisau.


Insiden yang diibaratkan persis aksi filem lagak ngeri itu membuatkan ramai yang kagum akan kepantasan dan keberanian anggota polis terbabit.

Menerusi tinjauan kami di media sosial, rata-rata netizen menggelarkan mereka sebagai ‘hero yang sebenar’.



Dalam perkembangan lain, dua anggota polis terbabit telah menerima penghargaan atas tindakan berani dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments