Terkini

VIDEO: Anggota Polis Lempang Isteri Dalam Pantang Depan Pondok Polis

Rakaman video klip yang menunjukkan seorang anggota polis bertindak mengasari isterinya di hadapan sebuah pondok polis mula menjadi viral di laman sosial Facebook sejak semalam.


VIDEO: Anggota Polis Lempang Isteri Dalam Pantang Depan Pondok Polis Dikenakan Tindakan

Menerusi rakaman berdurasi 2 minit 50 saat itu, anggota polis terbabit dilihat melempang muka isterinya selepas dipercayai berlaku salah faham.

Anggota polis terbabit pada awalnya dilihat memasuki balai polis tersebut selepas kedengaran menenking isterinya, sebelum keluar semula lalu menempelang wanita berbaju biru itu yang didakwa masih dalam pantang.

Turut kelihatan disisi isteri anggota polis itu ialah seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi, dipercayai ibu mertuanya.


Berikutan insiden tersebut yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial, Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian berlaku di Felda Redong, Johor.

Memetik laporan New Straits Times, Kamil berkata, pihaknya sedang menyiasat anggota terbabit, 27, yang bertindak memukul isterinya, 25, bagi kesalahan keganasan rumah tangga dan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Saya selalu ingatkan semua anggota dan kakitangan polis agar tidak melanggar undang-undang, termasuklah hal-hal rumah tangga.

“Polis tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini dan tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja, walaupun dia bertugas dalam pasukan polis,” katanya dipetik akhbar tersebut, semalam.

Jelas Kamil, anggota polis itu akan dipindahkan serta-merta dari pondok polis Felda Redong ke ibu pejabat kontinjen Johor, di Johor Baru.


Polis Kurang Ajar
Tindakan seorang anggota POLIS REDONG yang kurang ajar sanggup bersikap kasar terhadap ISTERI yang dalam PANTANG !!! TOLONG VIRAL KAN supaya di ambil tindakan dengan segera !!!!
Posted by MegaChannelz.com on Friday, April 1, 2016

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments