Terkini


VIDEO: Ditangkap Dihina Untuk Apa? – Luahan ‘Wanita Jadian’ Yang Trauma Dengan JAWI

Baru-baru ini kecoh video laporan sebuah acara makan malam amal bertujuan untuk mengutip dana diserbu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tersebar di media sosial.


VIDEO: Ditangkap Dihina Untuk Apa? – Luahan ‘Wanita Jadian’ Yang Trauma Dengan JAWI

Acara tersebut telah disalah tafsir sebagai ‘pertandingan ratu cantik’, gara-gara ia dianjurkan oleh golongan transgender atau mak nyah.

Rata-rata mereka yang terpanggil untuk bersuara tentang isu tersebut merasakan tindakan JAWI agak keterlaluan kerana menyerbu masuk acara persendirian, selain ‘memberi teguran’ secara kasar dan maki hamun.


Apa yang terjadi sebenarnya? Kami tak nak buat apa-apa andaian dan kesimpulan, korang tengoklah video dan pendapat netizen tentang isu serbuan yang sedang hangat diperkatakan ni dan nilaikanlah sendiri.

‘Bukan Pertandingan Miss World, Cuma Fundraising Event!’


Screenshot 2016-04-05 10.51.19

Modus Operandi Menginsafkan Mak Nyah?


Screenshot 2016-04-05 10.38.12

‘Ditangkap, Dihina, Untuk Apa?’


Screenshot 2016-04-05 10.38.23

Doakan Mereka Diberikan Pengakhiran Yang Baik Oleh Allah…


Screenshot 2016-04-05 10.38.32

“Gunakan Pendekatan Yang Lebih Lembut”


Screenshot 2016-04-05 10.38.44

Komen-Komen Netizen Yang Menilai Isu Ini Melalui Video Tersebut…


Screenshot 2016-04-05 10.52.01

Screenshot 2016-04-05 10.45.26

Screenshot 2016-04-05 10.45.51

Screenshot 2016-04-05 10.46.01

Screenshot 2016-04-05 10.50.08

Screenshot 2016-04-05 11.03.01

Screenshot 2016-04-05 11.03.20



Sumber: Siti KasimSafiey Ilias dan WhatsApp dan Youtube Via Ohbulan


Laporan Berita Free Malaysia Today:

“Adakah ini tingkah laku orang Islam?”

Demikian soal peguam, Siti Kassim yang memuat naik sebuah rakaman video berhubung kekecohan yang timbul daripada serbuan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam sebuah majlis makan malam tertutup anjuran golongan transgender, pada hujung minggu lalu.

Dalam rakaman video selama tiga minit itu yang dimuat naik ke laman sosial Facebooknya, Siti bersama individu transgender lain dilihat terbabit dalam kekecohan itu bersama penguatkuasa Jawi, apabila beliau meminta mereka menunjukkan waran untuk melakukan serbuan.

Peguam itu juga hendak tahu kesalahan yang dilakukan mereka sehingga menyebabkan Jawi menyerbu majlis itu.

Di penghujung video itu, seorang lelaki dipercayai adalah wartawan yang merakamkan kekecohan itu, diminta meninggalkan majlis berkenaan.

Dalam keterangan video itu, Siti berkata, adalah jelas penguatkuasa Jawi mengganggu majlis kutipan dana itu dan memperbesarkan perkara itu dengan membawa wartawan ketika melakukan serbuan terbabit.

Siti kemudiannya memuat naik satu lagi rakaman video mengenai kejadian itu yang disiarkan sebuah media serta menyebabkan beliau tersinggung dengan tajuk serta keterangan video terbabit.

“Sekarang kita tahu siapa yang merakam video kejadian itu dan dia bekerja dengan siapa.

“Saya boleh beri jaminan kepada anda, mereka semua akan berdepan tindakan undang-undang, termasuk lelaki ini yang datang tanpa diundang dan saluran berita yang memuat naik video ini. Bersiap sedia.”

Menurut Siti, ketika mempersoalkan jenis kesalahan yang dilakukan golongan transgender itu, jawapan yang diberikan adalah mereka menganjurkan pertandingan ‘Ratu Cantik Dunia’.

“Saya tidak mahu merendah-rendahkan kebijaksanaan mereka, tetapi jika mereka tidak boleh bezakan pertunjukan dan pertandingan ratu cantik sebenar, maka mereka perlu lebih banyak berdoa.”

Sehubungan itu, Siti menggesa orang ramai supaya mempertahankan hak sendiri dan jangan biarkan sesiapa pun dibuli dengan alasan agama.

Menurut laporan semalam, Siti yang turut ditahan dalam serbuan Jawi itu menjelaskan, ia hanyalah sebuah majlis makan malam, di mana golongan transgender yang hadir berarak seperti peserta pertandingan ratu cantik menerusi satu pertunjukan untuk tujuan kutipan dana bagi kebajikan.

Terdahulu, seorang individu transgender yang didakwa menganjurkan majlis makan malam itu dilaporkan mungkin didakwa atas pertuduhan menggalakkan maksiat dan mengingkari arahan pihak berkuasa agama.

Lalita Abdullah daripada kumpulan hak asasi transgender, SEED Malaysia dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, Jawi telah memaklumkan Ira Sophia yang beliau akan didakwa di bawah Seksyen 9 dan Seksyen 35 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Video: Siti Kassim Facebook

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments