Terkini

Video Hadi Awang Mengislamkan Seorang Wanita Sabah

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengislamkan seorang wanita dari Kota Kinabalu, Sabah. Detik-detik wanita terbabit memeluk Islam telah dirakamkan dan video itu kemudiannya dimuat naik ke laman Facebook Ahli Parlimen Marang berkenaan.



Video selama 1 minit 13 saat itu menjadi viral dan dikongsi lebih 1,700 pengguna Facebook.

Abdul Hadi turut berkongsi statusnya dengan menulis: “Pagi Jumaat yang penuh keberkatan, usai kuliah dhuha di kediamannya bersebelahan Masjid Rusila, satu lagi sejarah tercatat apabila tok guru telah memimpin seorang wanita dari Kota Kinabalu, Sabah untuk memeluk Islam kembali kepada agama fitrah.”


Ramai pengguna Facebook yang mengucapkan tahniah kepada Abdul Hadi dan wanita itu.

“Alhamdulillah. Didoakan semoga saudari baru ini terus beristiqamah,” tulis Keya Nordin Said.

“Syukur Alhamdulillah…Semoga Allah memelihara keselamatan dan kesihatan tok guru (Hadi Awang) serta saudara baru kita. Amin,” tulis Zack Wira.


“Moga istiqamah hendaknya selepas ini. Selalunya saudara kita yang kembali pada fitrah jauh lebih istiqamah dan bersungguh pelajari dan beramal dengan agamanya, berbanding kita yang sedia ada lahir dalam Islam. Moga Allah rahmati kita semua,” tulis Nazrin Karim.

No comments