Terkini


Video: Lelaki Belasah Wanita Bertubi-tubi Di Tempat Awam

China – Tindakan orang ramai yang hanya memerhati tanpa berusaha membantu seorang wanita yang diserang dan dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki di Chengdu, China mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial negara itu.


Video: Lelaki Belasah Wanita Bertubi-tubi Di Tempat Awam

Menerusi satu rakaman yang tersebar di laman sosial Weibo, kejadian berlaku di tempat awam pada waktu siang di wilayah tersebut ditonton oleh sekumpulan lelaki dan beberapa orang wanita tanpa bertindak membantu mangsa.

Dalam rakaman berdurasi 50 saat, wanita terbabit pada awalnya dilihat bertengkar dengan lelaki itu, sebelum suspek mula menyerangnya.

Suasana mula tegang apabila lelaki tersebut memegang rambut dan leher mangsa, sebelum menghentak kepalanya di bahagian pagar besi di tepi jalan itu.


Bagaimanapun, wanita terbabit kelihatan cuba melawan dengan bertindak menyembur lelaki itu menggunakan penyembur lada, sebelum sekali lagi mangsa ditarik dan dihentak ke rel besi mengakibatkan mangsa jatuh ke lantai.

Lelaki tersebut kemudiannya menumbuk muka wanita itu. Namun, wanita terbabit tetap mempertahankan dirinya, sebelum penyerang dilihat menendang muka wanita itu menyebabkan penyembur lada yang dipegangnya terpelanting.

Suasana menjadi semakin tegang.



Masih tidak berpuas hati, lelaki tersebut mengambil penyembur lada dan menyemburnya ke muka wanita itu.

Diakhir penghujung video itu baharulah muncul seorang wanita yang datang menghalang lelaki tersebut daripada terus menyerang mangsa. Seorang wanita yang sebelum ini dilihat hanya menonton kemudiannya turut sama membantu.

Sehingga kini punca serangan belum dapat dipastikan.
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments