Video Pihak Sekolah Dikecam, Sorok Murid Dalam Kotak

IA mungkin satu gimik pelancaran yang kreatif, atau mungkin juga keterlaluan bagi segelintir pihak selepas menyaksikan satu rakaman video dimana seorang murid sekolah rendah diletakkan di dalam sebuah kotak yang tertutup sebelum dia tiba-tiba muncul membuat kejutan.


Video Pihak Sekolah Dikecam, Sorok Murid Dalam Kotak

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman Facebook Sudar Oli Malaysia pada 18 April lalu, seorang murid sekolah rendah dijadikan ‘alat kejutan’ untuk menyempurnakan satu majlis perlancaran selepas dia disorokkan di dalam sebuah kotak yang diikat reben, dipercayai berlaku di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Menerusi klip video berdurasi 2 minit 50 saat itu, murid terbabit yang lengkap memakai uniform sekolah dan bertali leher kelihatan keluar daripada kotak tersebut dan menyerahkan sekeping kad tertera perkataan “Sasiga” selepas seorang wanita, yang dipercayai guru sekolah berkenaan memotong reben pada kotak sebagai menyempurnakan majlis pelancaran.

Kemunculan murid itu yang kelihatan berpeluh nyata memberi kejutan kepada perasmi majlis, sebelum kedengaran tepukan daripada murid-murid dan guru-guru lain.


Meskipun idea gimik pelancaran dengan meletakkan murid terbabit di dalam kotak dilihat telah dirancang dengan baik oleh pihak sekolah, namun segelintir pengguna media sosial mempersoalkan tindakan tersebut kerana ia mungkin satu tindakan berbahaya.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak berpendapat kotak tersebut telah dibuat lubang untuk memastikan murid terbabit tidak kelemasan ketika berada di dalam kotak.



“Saya tidak nampak sebarang kesalahan di sini. Mungkin sebahagian kita tidak sedar terdapat lubang pada kotak itu untuk membolehkan dia menyedut udara. Dan mereka juga memilih seorang murid bersaiz keci untuk diletakkan di dalam kotak. Jadi, aspek keselamatan telah dipenuhi oleh penganjur,” tulis Maran Chanthiran.

Sementara pengguna Facebook, Highway Man menyuarakan ketidaksetujuan terhadap idea tersebut.

“Sekiranya kanak-kanak itu meninggal di dalam kotak, siapa akan bertanggungjawab? Penganjur bodoh. Kementerian Pendidikan, apakah tindakannya?.” -mD
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments