Terkini

Video Rawatan Pelik: Doktor Tanam Tangan Dalam Perut Pesakit

ORLEANS - BRAZIL: Memang pelik namun inilah yang berlaku. Doktor di selatan Brazil menggunakan kaedah kreatif untuk menyelamatkan tangan seorang lelaki selepas kulit tangannnya terkoyak dengan memasukkan tangan tersebut ke dalam perut mangsa.



Laporan Dailymail UK mengatakan, tangan yang cedera tersebut akan 'ditanam' di celah tisu lembut perut selama enam minggu untuk mengelakkan jangkitan kuman dan proses reput.

Kulit tangan mangsa, Carlos Mariotti, 41, terkoyak sehingga menampakkan tulang dan tendon ketika sedang mengendalikan sebuah mesin.

"Tanpa prosedur ini, tangan Carlos pasti akan mereput dan jangkitan kuman pasti akan berlaku," kata pakar bedah hospital Santa Otilia, Boris Brandao.

Bahagian perut Carlos kemudian dibalut bersama-sama tangan yang dimasukkan untuk meyembuhkan luka pembedahan.


"Rasa pelik sedikit kerana saya boleh gerakkan jari-jari saya di dalam perut," kata Carlos sambil mengetap bibir.

Dalam kemalangan di tempat kerjanya, Carlos kehilangan dua jarinya.

"Sekurang-kurangnya jari saya yang lain masih OK dan saya masih boleh memegang stereng kenderaan untuk pergi kerja," kata Calors sambil tersenyum. - Sinar Harian



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments