Terkini

Video: Samseng Tumbuk Dua Penguat Kuasa Rampas Mesin Judi

GENGSTER sindiket judi mengganas dengan bertindak nekad menumbuk anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ekoran merampas mesin judi kuda milik mereka.


Video: Samseng Tumbuk Dua Penguat Kuasa MBMB

Menerusi rakaman video yang kini giat diperkongsikan netizen di media sosial, kejadian dilaporkan berlaku pada Isnin ketika pihak MBMB menjalankan serbuan di sebuah pangsapuri di Bandar Hilir, kira-kira jam 5 petang.

Dalam kejadian tersebut, dua anggota berusia 30-an cedera di bahagian badan dan dahi ketika bergelut dengan tiga lelaki tersebut di hadapan premis yang dijadikan tempat penyimpanan peralatan perjudian.


Kumpulan lelaki tersebut turut bertindak biadab dengan memaki hamun anggota MBMB yang melakukan serbuan itu, selain dari menutup jalan keluar dari kawasan itu bagi menghalang mesin kuda mereka dirampas.

Susulan itu, kedua-dua anggota terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru.

Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan MBMB, Hazudin Hashim, berkata ketika kejadian, anggotanya selesai memunggah 70 set komputer riba yang dirampas ke dalam lori pihak majlis.

“Ketika hendak beredar, tercetus sedikit pergaduhan apabila tiga lelaki menggunakan sebuah kereta cuba menghalang lori MBMB. Insiden kira-kira 45 minit itu turut menyebabkan anggota penguat kuasa cedera ditumbuk di bahu dan dahi,” katanya sebagaimana yang dilaporkan BH Online.

Operasi terbabit bermula jam 2.30 petang yang membabitkan 30 anggota serta kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertumpu di empat lokasi sekitar Taman Melaka Raya.



Sebanyak 113 unit komputer riba, dua pedang dan parang serta cota dirampas menerusi operasi tersebut. - MNH

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments