VIDEO: Suami Sanggup Panjat Kereta & Enggan Turun Merayu Kemaafan Isteri

Video ini dikatakan cukup ‘pelik’ kerana dukatakan telah dikongsi lebih 2 ribu share selepas hanya sejam dimuat naik.


Suami Sanggup Panjat Kereta & Enggan Turun Merayu Kemaafan Isteri

Menurut kapsyen di video terbabit, lelaki yang juga suami kepada pemandu kereta berkenaan dikatakan merayu untuk diterima semula. Tapi betul ke suami? Musykil je.

Video berdurasi lebih 3 minit itu dipercayai dimuat naik lewat malam semalam viral malah mendapat perhatian netizen.

Lelaki tersebut dilihat sanggup memanjat kereta yang masih bergerak dan enggan turun walaupun pemandu berulang kali menyuruh berbuat demikian.


Menerusi video terbabit jelas kedengaran si lelaki merayu pemandu agar keluar sambil mengetuk kereta.

Ayang tolong lah keluar, turun lah dulu jangan buat macam ni…turun lah dulu. Ayang tolong, tolong lah! Turun sekejap je.

Selang beberapa minit, penduduk sekitar mula campur tangan dan minta lelaki terbabit turun. Sehingga sekarang masih tiada lagi kisah lanjutan kes ini. Harap ianya sudah diselesaikan dengan baik.



Katanya ni kes Gila Talak.. Sanggup dia panjat kereta bekas isteri untuk merayu kemaafan.. Kesian jugak Abang John tengok.. Tapi nak buat macam mana kann..., dah terlajak cakap memang merana laa.. Sebab tu la benda halal yg paling tak disukai Allah SWT adalah 'talak'.. Haihhhh
Posted by John Nenen on Saturday, 9 April 2016
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments