Wanita Mirip Wajah Neelofa Dan Siti Nurhaliza Dedah Pernah Terlibat Dalam Dunia Lakonan?

Selepas beberapa keping gambarnya menjadi viral di media sosial awal bulan yang lalu, wanita yang mempunyai wajah mirip selebriti terkenal Neelofa dan Dato' Siti Nurhaliza iaitu Maisarah mengakui itu adalah tuah bagi dirinya.


Wanita Mirip Wajah Neelofa Dan Siti Nurhaliza Dedah Pernah Terlibat Dalam Dunia Lakonan?

Menurut Maisarah yang baru sahaja berumur 20 tahun mengakui bahawa kehidupan beliau turut mendapat perhatian sehingga dia ditawarkan untuk menjadi model dan duta produk.

"Sejak zaman sekolah lagi ramai yang tegur saya seperti Izara Aishah, namun bila sudah meningkat dewasa dan memakai tudung ramai pula menyapa saya seperti Siti Nurhaliza dan Neelofa.

"Secara jujurnya, selepas gambar saya menjadi viral kerana dikatakan seperti beberapa artis memang memberi rezeki. Saya banyak menerima tawaran menjadi model dan duta produk," ujarnya kepada mStar Online.


Mengenai tawaran tersebut, ianya masih dalam pertimbangan untuk menerimanya kerana beliau yang masih lagi belajar di sebuah universiti swasta di selatan tanah air mungkin akan menyukarkannya untuk memberi komitmen kepada produk tertentu.


"Dari segi tawaran semuanya suami saya yang uruskan dan dia tapis dahulu sebab kalau boleh saya tidak suka wajah saya terlalu kerap keluar di laman sosial," ujarnya.


Maisarah mendedahkan pernah terlibat dalam bidang lakonan drama pada usia kanak-kanak.

"Setakat ini tiada pula tawaran untuk berlakon, kalau ada pun mungkin saya tidak boleh buat sebab saya belajar di Johor. Saya pernah berlakon ketika darjah enam yang disiarkan di TV2," ujarnya.


Maisarah telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zharif, 25, pada Mac lalu.

No comments