Terkini

Yuna Disuruh Buka Tudung Agar Tampil Lebih Menarik

Yuna yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat nampaknya tidak berselindung apabila ditanya pandangannya mengenai calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.


Yuna Disuruh Buka Tudung Agar Tampil Lebih Menarik

Dalam temuramah dengan majalah hiburan Billboard edisi 30 April, Yuna menyatakan rasa tidak senang dengan apa yang diperjuangkan Trump.

Ini mungkin merujuk kepada sikap yang ditunjukkan Trump dalam menangani isu kepelbagaian agama dan pendatang, khususnya umat Islam.

Yuna membuat keputusan untuk terus berhijab walaupun kerap kali disuruh membuka tudung agar lebih tampak menarik.


Ini komen Yuna:

KOMEN TENTANG TRUMP

"Trump memperjuangkan kebencian dan keganasan. Saya tidak faham bagaimana seseorang seperti dia masih boleh diterima dalam sebuah negara maju dan moden,"

PERNAH SURUH DIBUKA TUDUNG

"Saya pernah bergelut dengan konsep artis wanita yang perlu tampil cantik dan seksi. Malah apabila tiba di AS, saya dicadangkan agar membuka hijab kerana saya bukan lagi di Malaysia.

Yuna

"Kata mereka, pakailah pakaian yang seksi dan berbanggalah dengan bentuk badan sendiri.
"Tetapi saya memang bangga dengan apa yang saya kenakan. Saya berhijab bukan kerana ditekan sesiapa, ia pilihan sendiri dan saya tetap rasa bebas,"

Lagu Crush nyanyian Yuna dan Usher kini sedang meletup di Amerika Syarikat. Album terbaharu Yuna, Chapters, bakal dipasarkan 20 Mei ini.

No comments