Pesawat Etihad Airways Alami Pergolakan Udara Sebelum Mendarat

DUBAI: Seramai 31 penumpang dan seorang kru penerbangan cedera, apabila pesawat Etihad Airways mengalami pergolakan udara ketika bersedia untuk mendarat di ibu kota Indonesia, Jakarta, hari ini.


32 Cedera Pesawat Etihad Airways Alami Pergolakan Udara Sebelum Mendarat

Syarikat milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu berkata, penerbangan EY474, yang berlepas dari hab UAE di Abu Dhabi dilanda pergolakan udara dahsyat dan tidak dijangka selama kira-kira 45 minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.

Etihad melaporkan, pesawat Airbus A330-200 itu mendarat dengan selamat, bagaimanapun sembilan penumpang dan seorang kru pesawat yang cedera dihantar ke hospital.


Anggota paramedik merawat 22 mangsa yang cedera ringan di klinik di lapangan terbang dan mereka dibenarkan pulang.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno, Haerul Anwar, menggambarkan kecederaan yang dialami sembilan penumpang terbabit adalah serius dan anggota Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia sedang memeriksa pesawat berkenaan. -AP

Video fenomena pergolakan udara penerbangan BA 244 - Buenos Aires (Ezeiza) ke London (Heathrow) pada 17.06.2012

No comments