Terkini


Adik OKU Dipukul Teruk Sampai Retak Tulang Pipi, Tapi Polis Lepaskan Begitu Saja?

Seorang wanita bernama Rose Yus melalui laman Facebooknya telah mendakwa adik lelakinya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipukul rakan sekerjanya di sebuah restoran makanan segera di Johor.


Adik OKU Dipukul Teruk Sampai Retak Tulang Pipi, Tapi Polis Lepaskan Begitu Saja?
Gambar sumber facebook  Rose Yus
Wanita itu telah memuatnaik gambar berkenaan yang menyebabkan ramai netizen berang dengan kejadian berkenaan di mana kata mereka ada orang cuba mengambil kesempatan dengan pekerja OKU berkenaan dengan membuli dan memukulnya sehingga berdarah.

Adik yang dikenali sebagai Rahim, berumur 24 tahun tersebut dikatakan telah mengalami pendarahan di muka dan katanya adik lelakinya itu turut mengalami retak di tulang pipi menyebabkan tidak boleh makan dan minum seperti normal.


Beliau dalam pada itu turut mendakwa yang manager tempat adiknya bekerja berkenaan tahu akan kejadian itu tetapi tidak bertindak apa-apa, sebaliknya menyembunyikan diri.


Satu laporan polis telah dibuat, menurut seorang saudara mangsa, pihak polis telah menahan pekerja tersebut, namun telah dilepaskan semula.

Apapun, apa yang terjadi kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak polis, elakkan dari membuat sebarang andaian. Sumber: Siakapkeli / FB: Rose Yus

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments