Terkini

Akhirnya Mengaku Pukul Rozana, Awie Didenda RM2,000

Vokalis kumpulan Wings, Awie dijatuhi hukuman denda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Rozana Misbun dua tahun lalu.


Akhirnya Mengaku Pukul Rozana, Awie Didenda RM2,000

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman tersebut selepas Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, menukar pengakuannya kepada bersalah setelah pertuduhan pindaan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Awie yang merupakan pelakon utama filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu didakwa dengan se­ngaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana, 38, di kaunter Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang 2 Jun 2014.


Awie didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar manakala Awie diwakili peguam bela, Hazman Harun.

Ahmad Zikri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada Awie kerana mengambil kira artis itu merupakan seorang suami yang sepatutnya melindungi isteri dan bukannya mencederakan mangsa, kesan trauma dan malu yang ditanggung mangsa akibat dipukul di khalayak ramai.

sumber : Kosmo!

No comments