Terkini

Amy Search Bakal Adakan Sidang Media Isu Isteri Didakwa Pecah Amanah Dan Maki Yazid

Penyanyi Amy Search bakal mengadakan satu sidang media bagi menjawab segala persoalan mengenai tuduhan pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid yang mendakwa isteri Amy telah memaki beliau dan pecah amanah kerana tidak menyerahkan bayaran pendahuluan Konsert 35 Tahun Search dan beberapa lagi persembahan lain sebelum ini.


Isu Isteri Didakwa Pecah Amanah Dan Maki Yazid: Amy Search Bakal Adakan Sidang Media

Yazid telah membuat laporan polis terhadap isteri Amy, Norhasniza Hassan pada Rabu lepas di Balai Polis Wangsa Maju.

Buat masa ini, Amy enggan memberikan sebarang komen dan hanya akan bercakap ketika sidang media nanti.


Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa ini. Satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat untuk menjawab segala pertuduhan dan pertanyaan yang dilemparkan.

yazid search

Sama-sama kita nantikan sidang media yang bakal berlangsung nanti. Tentu ramai yang ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku dan harapnya perkara ini dapat diselesaikan.

Sumber Berita : Kosmo Online

No comments