Terkini

Anak Tiri Najib Beli Rumah Eksklusif Di London Guna Dana 1MDB, Kata WSJ

LONDON, Khamis – Anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituduh menggunakan dana yang berasal dari syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), untuk membeli sebuah rumah di pusat bandar London pada tahun 2012, lapor Wall Street Journal (WSJ).


Anak Tiri Najib Beli Rumah Eksklusif Di London Guna Dana 1MDB, Kata WSJ

Riza Aziz dilaporkan menghabiskan 23.25 juta pound (AS$34 juta) ke atas harta yang terletak di kejiranan eksklusif, Belgravia di London. Rumah empat tingkat berbata merah yang dibina sekitar tahun 1900 itu turut dipasang dengan pintu keselamatan.-1x-1

Laporan menyebut, pemilik rumah itu didaftarkan atas nama Qentas Holdings Ltd, sebuah syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands, yang mana Riza adalah pemilik benefisialnya.

Penyiasat percaya, wang yang digunakan oleh Riza untuk membeli rumah di United Kingdom itu, kemudian hartanah bernilai AS$50 juta di New York dan Los Angeles serta dana yang diberikan untuk membiayai filem “The Wolf of Wall Street” pada 2013 adalah daripada 1MDB, kata WSJ.


WSJ berkata, wang yang digunakan untuk membeli hartanah di London dan Amerika Syarikat (AS) adalah sebahagian daripada sekurang-kurangnya AS$238 juta yang telah dipindahkan kepada syarikat Red Granite Capital milik Riza daripada sebuah syarikat luar pesisir.

Riza Aziz
Riza Aziz

Syarikat luar pesisir itu ialah Aabar Investments PJS Ltd yang telah menerima lebih daripada AS$3.5 bilion daripada 1MDB selama beberapa tahun, lapor akhbar itu.

Syarikat itu mempunyai nama yang sama dengan Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, dimiliki oleh salah satu dana berdaulat Emirate dikenali sebagai International Petroleum Investment Co (IPIC), yang menjamin bon dan pinjaman 1MDB.

IPIC dalam satu kenyataan mmemberitahu Bursa Saham London bahawa Aabar di British Virgin Islands bukan sebahagian daripada struktur korporatnya.

WSJ yang mendakwa menyemak satu dokumen berkata, Red Granite Capital menerima sebahagian wang berjumlah AS$133 juta pada Jun 2012.

Hartanah di London itu pula telah dibeli sebulan kemudian tanpa gadai janji, lapor Pejabat Pendaftaran Tanah di United Kingdom. – WSJ

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments