Terkini

Atikah Suhaime Tertekan, Sedih Kerana Terpalit Isu Video Seks

Rimas melihat pelakon Atikah Suhaime tertekan dan sedih kerana terpalit dengan kontroversi video seks, kekasihnya sanggup menajanya bercuti ke Korea.


Atikah Suhaime Tertekan, Sedih Kerana Terpalit Isu Video Seks

Atikah berkata kekasihnya seorang pembantu juruterbang, pemuda 20-an yang dikenali AF, memberinya dan rakan serumah wang untuk ke Seoul kerana tidak mahu melihatnya menangis.

“Saya kecewa dan tertekan ketika berita panas itu tersebar. Saya asyik menangis menyebabkan kekasih menjadi rimas,” katanya, 25, kepada Berita Harian.

“Tidak mahu melihat saya terus menangis siang dan malam, AF suruh saya pergi bercuti ke Seoul bersama-sama teman serumah.”


Pelakon filem My Stupid Boss juga berasa lega apabila si kekasih tidak menaruh syak susulan kontroversi berat yang ditanggungnya yang menjadi fokus media sekitar Oktober tahun lalu.

“Alhamdulillah, AF percaya saya tidak melakukan perkara memalukan itu. Dia faham inilah adat menjadi selebriti, saya tidak akan terlepas daripada kontroversi,” katanya seperti dilapor.

Atikah Suhaime
Atikah Suhaime
Pelakon asal Singapura itu dikaitkan dengan babak video seks bertiga dengan dua pelakon baru lelaki yang dikatakan tersebar sebentar di internet. Namun ketiga-tiga mereka menafikannya.

Disebabkan itu juga, Atikah Suhaime digam beberapa stesen televisyen selama enam bulan.

“Saya bersyukur memiliki kekasih yang tidak emosional dan ‘happy go lucky’. Dia menjadi penguat semangat ketika saya jatuh dan dimalukan,” katanya.

Tambahnya, ketika gosip itu mula tersebar, ibunya di Singapura mula hilang kepercayaan kepadanya dan ingin berpindah ke sini untuk menemaninya. Sumber : Malay Mail

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments