Terkini

‘Ayah Terlalu Rindukan Ibu’- Kisah Sayu Guru 'Pergi' Ketika Nyanyikan Lagu Kegemaran Arwah Isteri

Dua hari lepas merupakan hari guru. Guru merupakan ibu bapa kedua kita kerana mereka telah mendidik dan membentuk kita untuk jadi orang yang berguna pada masa hadapan.


‘Ayah Terlalu Rindukan Ibu’- Kisah Sayu Guru 'Pergi' Ketika Nyanyikan Lagu Kegemaran Arwah Isteri

Tanpa dorongan mereka kita mungkin tidak berada di mana sekarang. Jadi, hari guru harus diraikan untuk mengenang jasa-jasa mereka selama ni.

Jika kita lihat pelbagai ragam dan tema guru di Malaysia kita nampak. Tetapi disebalik kemeriahan itu, ada satu kisah yang sangat menyayat hati kami. Seorang guru menyanyikan lagu di hadapan orang ramai dan tiba-tiba rebah lalu meniggal dunia. Paling sebak, lagu tu merupakan lagu kegemaran arwah isterinya yang meninggal sebulan yang lalu.


Persembahan terakhir sebelum pergi..


Peristiwa sedih ini terjadi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak dua hari lepas ketika seorang guru dikenali sebagai Cikgu Norilhal tiba-tiba rebah ke lantai ketika menyanyikan lagu Cinta Kristal, yang juga dendangan dan persembahan terakhir dari arwah. Norilhal disahkan meninggal dunia ketika tiba di klinik berdekatan.


Rakan arwah juga sahabat kepada arwah berkata, dirinya tidak menyangka Allahyarham akan pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Pemergian arwah sangat dirasai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Semalam saya melihat Cikgu Norilhal begitu gembira dan seronok menyambut Hari Guru. Paling saya tidak boleh lupa gelagat dirinya bermain dalam acara sukaneka.

Paling mengejutkan apabila beliau menawarkan diri membuat persembahan penutup untuk menyanyi di hadapan murid-murid dan cikgu-cikgu yang lain kerana beliau tidak suka untuk membuat persembahan di hadapan khalayak ramai.

Lagu kegemaran arwah isteri

Tambah rakannya lagi, lebih memilukan dan membuat hatinya terasa apabila lagu yang dinyanyikan arwah merupakan lagu kegemaran isterinya yang baru sahaja meninggal sebulan lalu.

Arwah sangat menyayangi isterinya yang baru sahaja meninggal dunia sebulan yang lalu.

Cikgu Norilhal merupakan seorang pendidik bangsa sejati kerana sangat mementingkan pendidikan dan bersungguh-sungguh dan tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mendidik murid-muridnya.

‘Ayah terlalu rindukan ibu..’

Foto kredit: Sinar Harian

Anak sulung kepada arwah, Mohamad Azizul Hakim Norilhal berkata dalam Facebook ayahnya, dia ada menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru kepada rakan-rakannya. Azizul juga terkejut dan tidak sangka ayahnya akan menyanyi di hadapan khalayak ramai sempena sambutan Hari Guru.

Ayah kalau disuruh menyanyi dia mesti tidak mahu menyanyi. Namun, saya tak sangka ayah menyanyi di hadapan khalayak dan menyanyikan lagu kegemaran ibu saya.

Ayah terlalu rindukan ibu dan persembahannya itu merupakan luah rindu ayah kepada ibu dan sekarang ibu dan ayah telah meninggalkan kami enam beradik.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Sumber: Sinar Harian

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments