Top Ad unit 728 × 90

recent

‘Ayat Power’ Abang Bomba Selamatkan Wanita Dari Bunuh Diri

‘Ayat power’ seorang anggota Jabatan Bomba berjaya menenangkan seorang wanita yang cuba membunuh diri di sebuah kilang di Meru, Klang.


‘Ayat Power’ Abang Bomba Selamatkan Wanita Dari Bunuh Diri


Ketua Balai Bomba Kota Raja, Omar Mohammad berkata, wanita tersebut dipercayai tertekan akibat masalah keluarga lalu bertindak nekad dengan menoreh pergelangan tangan kiri serta mengunci dirinya di dalam bilik.

Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.34 pagi dan menggerakkan pasukan jentera bomba dan penyelamat bersama tujuh pegawai pelbagai pangkat ke lokasi.


“Wanita tersebut bertindak agresif apabila seorang lelaki yang merupakan tunang beliau sampai ke lokasi. Pelbagai kaedah digunakan termasuk pujukan dari ahli keluarga.

“Tetapi ‘ayat power’ (pujukan) yang digunakan oleh anggota bertugas berjaya menenangkan mangsa seterusnya menyerah diri,” katanya menerusi kenyataan.

Omar memaklumkan, mangsa mengalami pendarahan dan luka di tangan kiri serta diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk tindakan lanjut. Sumber: Free Malaysia Today
‘Ayat Power’ Abang Bomba Selamatkan Wanita Dari Bunuh Diri Reviewed by Adam Hakimie on May 06, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.