Banjir Kilat: 40 Kereta Terperangkap, Tenggelam Di Jalan Semantan

Lebih 40 kereta terperangkap dan tenggelam di Jalan Semantan dan di pintu masuk Universiti Malaya (UM) berhampiran Masjid Ar-Rahman, di sini, akibat banjir kilat, malam tadi.


Banjir Kilat: 40 Kereta Terperangkap, Tenggelam Di Jalan Semantan

Hujan lebat bermula sekitar 6 petang dan berlarutan sehingga 8 malam.

Kesesakan teruk turut berlaku di Jalan Semantan, Jalan Pantai Baru dan Jalan Bangsar akibat banjir kilat.


Bagaimanapun, sehingga 8.30 malam hujan mula berhenti dan air beransur surut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku ketika kejadian.

No comments