Bayi Ajaib Ada Kalimah Allah SWT Di Telinga, Bismillah Di Badan

Meninggal dunia 20 minit selepas lahir dan kelahirannya cukup istimewa kerana telinga kiri ada bentuk kalimah Allah SWT, manakala bahagian sisi punggungnya mempunyai tanda lahir berwarna merah tertera tulisan jawi ‘Bismmi’ iaitu separuh daripada perkataan, Bismillah.


Bayi Ajaib Ada Kalimah Allah SWT Di Telinga, Bismillah Di Badan

Zahairuddin dan Mariani serta bayi mereka yang telinga kiri ada bentuk kalimah Allah dan tanda lahir di punggung berbentuk ‘Bismmi’. FOTO Ramli Ibrahim

‘Bayi syurga’ itu meninggal dunia pada 12.45 tengah hari Jumaat lalu di Hospital Gua Musang, di sini.

Bagi ibunya, Mariani Ramli, 31, walaupun sedih kerana kehilangan anak bongsu daripada empat beradik itu, dia percaya ada hikmah di sebaliknya.

Katanya, Allah pinjamkan dia dan suami, Zahairuddin Adnan, 36, anak ini untuk seketika.

“Dia (anak) istimewa walau dilahirkan pada usia kandungan lapan bulan, tanpa sebelah kaki dan tiada jantina (tidak membentuk).


“Kami reda kehilangannya kerana dia sudah tinggalkan sesuatu yang ‘bermakna’ untuk kami. Dia seperti senyum ketika memandang kami sebelum pergi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lembaga, di sini.

Mariani berkata, berbesar hati dapat mengandungkan anak itu yang tidak dinamakan kerana telinga kiri bayi berkenaan membentuk kalimah Allah, manakala bahagian sisi punggungnya mempunyai tanda lahir berwarna merah menyerupai bahasa Jawi.

Katanya, Zahairuddin yang memeriksa tubuh anak mereka memaklumkan tanda lahir itu membentuk perkataan ‘Bismmi’ iaitu separuh daripada perkataan penuh, Bismillah.

“Ini kebesaran Allah buat anak kami walau pinjaman sementara saja, cukup untuk kami simpan sebagai kenangan,” katanya yang sudah dimaklumkan doktor bahawa bayi bakal dilahirkan cacat ketika usia kandungan mencecah empat bulan.  Sumber: Harian Metro

No comments