Terkini

Bayi Ajaib Ditemui Selamat Selepas 80 Jam Di Bawah Runtuhan

Nairobi, Kenya – Seorang bayi perempuan telah berjaya diselamatkan selepas 80 jam terperangkan di dalam runtuhan sebuah apartmen yang runtuh di bandar Kenya.


Bayi Ajaib Ditemui Selamat Selepas 80 Jam Di Bawah Runtuhan

Kejadian itu disifatkan oleh penyelamat sebagai sesuatu yang ajaib ditambah lagi bayi tersebut ditemui tanpa sebarang calar.

Bayi tersebut, diselamatkan hidup-hidup pada Selasa, jam 4 pagi waktu tempata, lapor persatuan palang merah.

Bayi itu dikenalpasti sebagai Daeleryn Saisi Wasike, 6 bulan, yang kemudian disatukan semula dengan ayahnya.


Laporan CNN menyatakan, bayi tersebut ditemui oleh pasukan penyelamat tentera yang menggunakan alat khas untuk mengesan pernafasan di bawah runtuhan.

Tentera, yang berjaya mengesan terdapat pernafasan di bawah runtuhan berjaya menemui bayi itu, dalam keadaan berbalut kain biru di dalam sebuah bekas.

Bayi Ajaib Ditemui Selamat Selepas 80 Jam Di Bawah Runtuhan

Kejadian runtuhan tersebut telah membunuh sekurang-kurangnya 23 maut dan ramai yang cedera. Sehingga kini, ramai lagi dipercayai terperangkap di bawah runtuhan itu biarpun operasi menyelamat sudah memasuki hari keempat.

Pemilik bangunan tersebut kini telah dituduh atas kesalahan membunuh kerana masih lagi menyewakan bangunan yang diarah untuk dirobohkan. – Siakapkeli.my
------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments