Terkini

Bebola Rambut Seberat 4 Kilogram Ditemui Dalam Perut Gadis!..

Seorang remaja perempuan, Ayperi Alekseeva yang tinggal di Kyrgyzstan mempunyai tabiat pelik dan jijik kerana suka mengutip rambut yang gugur sebelum mengunyah dan menelannya.


Bebola Rambut Seberat 4 Kilogram Ditemui Dalam Perut Gadis!..

Keluarga yang mengetahui tabiat pelik anak gadisnya cuba menegah namun tidak berhasil.

Semakin hari Ayperi yang gemar menelan rambut dilihat tidak mempunyai selera makan hingga menyebabkan beliau mengalami penghidratan yang teruk dan kekurangan zat makanan. Ia juga menyebabkan Ayperi hampir mati.


Ayperi juga sering mengadu sakit ketika makan dan minum.

Ayah dan ibunya yang risau melihat anaknya membawa Ayperi ke hospital.

Alangkah terkejutnya ketika doktor melakukan pembedahan untuk mengkaji punca sebenar penyakit Ayperi ,doktor menjumpai bebola rambut seberat 4 kilogram di dalam perut gadis itu.




Maka terjawablah punca sebenar mengapa Ayperi tidak mahu makan dan minum dan beliau kini berjanji tidak akan mengulangi tabiat peliknya itu.
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments