Bomoh OKU Pukau Dan Cubit Kemaluan Gadis Terima Padah

Perbuatan seorang bomoh orang kelainan upaya (OKU) yang didakwa pukau sebelum mencubit alat sulit dua gadis membawa padah apabila dijel 24 bulan dan dikenakan lima sebatan oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.


Bomoh OKU Pukau Dan Cubit Kemaluan Gadis Terima Padah

Hukuman diputuskan Majistret, Azem Fatihi Kamal terhadap tertuduh, Che Mohd Shamsul Che Ab Rahman, 36, selepas dia mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa mencubit pangkal paha kiri dan kanan serta kemaluan dari bahagian luar kain seorang gadis berusia 18 tahun di sebuah bangsal goreng pisang di Kampung Kemudi, di sini, antara jam 6.30 petang dan 8.30 malam, 2 Mei lalu.


Bagi pertuduhan kedua dia turut didakwa mencubit kemaluan serta payudara seorang lagi mangsa yang juga berusia 18 tahun di sebuah rumah di Jelawat, di sini, antara jam 8.30, 2 Mei lalu dan jam 5 pagi, 3 Mei lalu.

Terdahulu, tertuduh yang masih bujang dan tidak mempunyai pekerjaan itu merayu hukuman ringan dengan alasan menghidap penyakit jantung, namun Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memohon hukuman penjara dan sebatan dikenakan.

“Tertuduh melakukan perbuatan jijik dengan tipu helah hingga mengakibatkan mangsa mengalami trauma. Mohon satu hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengulanginya,” kata Mohamad Firdaous.

Azem Fatihi menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan dua sebatan bagi kesalahan pertama dan penjara 24 bulan dan tiga sebatan untuk kesalahan kedua. Hukuman diarah berkuat kuasa serentak bermula semalam.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments