Terkini


Budak Bogel Dirantai Di Tangga Kini Dalam Jagaan Polis, JKM

GEORGE TOWN: Kanak-kanak berusia lapan tahun yang dibogel dan dirantai bapanya di tangga luar rumahnya kini diletakkan di bawah jagaan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Budak Bogel Dirantai Di Tangga Kini Dalam Jagaan Polis, JKM

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, bapa kanak-kanak lelaki itu yang berusia 40-an telah dikenal pasti namun polis belum menahannya untuk disoal siasat.

“Kami akan siasat suspek untuk penganiayaan, kecuaian, pengabaian dan pendedahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Gambar kanak-kanak bogel itu tersebar di Facebook sejak Sabtu lalu, selepas penduduk di sebuah rumah pangsa di Paya Terubong, Pulau Pinang ternampak kanak-kanak malang terbabit duduk dalam lopak kencingnya di tangga.

BACA: Punca Sebenar Budak Lelaki DiBogel, Diikat Kaki Cetus Kemarahan Netizen!

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung terbabit, Frankie Kee berkata kanak-kanak terbabit dirantai di bahagian buku lali kirinya selama lima jam, mulai 10 malam Sabtu sehingga 3 pagi Ahad.

Kee berkata, suspek juga mengugut akan mencederakan sesiapa sahaja yang cuba membantu kanak-kanak terbabit.

Suspek merantaikan anaknya di tangga dalam keadaan bogel kononnya kerana mangsa nakal. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments