Top Ad unit 728 × 90

recent

Budak Terperangkap Di Belebas Tingkap Tingkat 13

Seorang kanak-kanak bertindak berani dengan memanjat ke belebas tingkap untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang terjatuh dari ruang tamu.


Budak Terperangkap Di Belebas Tingkap Tingkat 13

Bagaimanapun, dia berdepan detik cemas, apabila gagal memasuki rumahnya semula di tingkat 13 asrama tentera di Kem Wardieburn, Setapak.

Menurut laporan Sin Chew Daily, kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun itu hanya mampu duduk di belebas tingkap sambil menangis kerana ketakutan.


Kejadian itu berlaku pada jam 9.45 pagi semalam, ketika kanak-kanak itu berseorangan di rumah, manakala bapanya yang merupakan anggota tentera dan ibunya seorang akauntan sedang bekerja.

Jiran-jiran yang menyedari kejadian itu bertindak memecah masuk rumah terbabit dan sempat menyelamatkan kanak-kanak itu. - FMT
Budak Terperangkap Di Belebas Tingkap Tingkat 13 Reviewed by Adam Hakimie on May 07, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.