“Bukan Meludah, Hanya Tiup Halau Lalat...” (Video)

Video viral seorang peniaga durian yang didakwa meludah pada durian yang dibungkus, polis tampil memberikan kenyataan bahawa lelaki itu hanya sekadar menghalau lalat.


“Bukan Meludah, Hanya Tiup Halau Lalat...”

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, lelaki yang didakwa sebagai warga Indonesia terbabit hanya sekadar menghalau lalat. Bukan seperti yang didakwa oleh perakam video berkenaan.
Lapor Sinar Harian, polis meminta individu yang merakam video itu tampil membantu siasatan, lapor China Press.

Jelasnya Ali, peniaga terbabit telah dibawa ke balai untuk membantu siasatan pada jam 1 pagi semalam. Polis juga percaya peniaga terbabit tidak tahu mengenai kejadian itu.


“Peniaga warga Indonesia berusia 53 tahun mempunyai taraf penduduk tetap memaklum bahawa lelaki Indonesia itu merupakan pekerja sambilan yang baru bekerja dengannya selama lima hari kerana mahu mengumpul wang untuk pulang ke tanah air.

“Peniaga itu tidak tahu alamat rumah suspek dan polis kini sedang mencari lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu,” katanya.

Bagaimanapun di media sosial, netizen masih tidak dapat menerima penjelasan itu dan mendakwa tindakan meniup itu juga boleh menyebabkan air liur lelaki terbabit terkena pada durian yang dibungkus.

“Bukan mahu bersikap negatif, tetapi sebagai ‘pengendali makanan’, sewajarnya perbuatan seperti itu tidak dilakukan kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan yang tidak sepatutnya kepada pelanggan. Lebih-lebih lagi lelaki terbabit bukan warga tempatan dan tidak mendapat suntikan typhoid untuk pengendali makanan.


“Sewajarnya pihak kesihatan (Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga perlu bersuara mengenai perkara ini agar orang ramai faham akan bahayanya perbuatan meniup yang jelas dan nyata tidak boleh dilakukan oleh pengendali makanan,” kata netizen.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments