CEO Rayani Air Pengsan, Tidak Hadir Sesi Soal Siasat

PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air, Ravi Alagendrran tidak hadir pada sesi siasatan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA) disebabkan beliau pengsan.


CEO Rayani Air Pengsan, Tidak Hadir Sesi Soal Siasat

Perkara tersebut disahkan oleh isterinya Datuk Karthiyani Govindan selepas pertemuannya bersama DCA pagi tadi.

"Minta maaf.. Ravi pengsan," katanya kepada pihak media.

Beliau hadir ke pejabat DCA ditemani seorang individu dipercayai pekerja Rayani Air kira-kira jam 10 pagi tadi.

Karthiyani hanya sempat meluangkan masa sebentar bersama media ekoran ingin segera melawat suaminya di hospital.


Beliau walaubagaimanapun sempat memberi ulasan mengenai pertemuannya bersama DCA.

"Kami mendapat respon baik dari pihak jabatan dan akan ada sesi lain bersama mereka minggu hadapan," katanya sambil bergegas meinggalkan pihak media.

Pada 11 April lalu, Sijil Operasi Penerbangan (AOC) Rayani Air digantung untuk tiga bulan ekoran pelbagai masalah dalaman syarikat termasuk mogok oleh juruterbang.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kemungkinan akan menarik semula sijil AOC Rayani Air sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan syarikat penerbangan itu. -mD

No comments